Assalamualaikum. Uhhh setelah bertahun aku xbuka blog nie. Akhirnya hari nie aku buka untuk kali pertama lepas last update pasal spm dulu. Lama xlama la kan. Hehe. Dekat dua tahu juga. Hehe. Selalunya memang jarang buka blog nie. Sebab da sedia maklum yang diri nie xpandai nak berblogger nie. Dulu masa kawan2 sebok dengan blog aku pon nak ada blog juga. Walhal diri sendiri buta it. Haha. Ini la jadi nya. Alhamdulila.. sekarang. Da hampir setahun lebih aku masuk kolej. And sekarang da semester ke 3. Ambil course business study under uitm kat kptm. Agak susah course nie. Sebab banyak subject yang membaca. Da tu pula aku memang jenis yang xsuka membaca. haish. Terpaksa bersusah payah menanam minat dalam bab subject baca membaca nie. Ditambah pula sekarang da dipendekan tempoh pengajian jadi 2 tahun setengah je bersamaan dengan 5 semester. Di sebab kan da dipendek kan tempoh pengajian, jadi subject2 yang sepatutnya ambil sem 5 sem 3 da kena ambil. Itu la yang payahnya. Xberapa yakin yang diri nie boleh buat or x. Da sekarang nie semester ke 3 kan. So tinggal lagi 2 semester jela.
Kalau dulu masa zaman zaman sekolah beria habis nak cepat cepat habis sekolah. Nak masuk u . X Payah pakai uniform sekolah lagi. Da bosan la konon nya. Tapi bila aku masuk zaman kolej nie pulak baru aku tahu. Rupanya zaman kolej nie xmacam yang kita banyangkan time . Zaman kolej x seindah zaman sekolah. Bila da masuk kolej rasa rindu pula nak balik zaman sekolah. Buat kerja gila dengan bestfriend. Lepak lepak dengan kengkawan. Study pon malas malas. Konon study group tapi xsampai 30 minit study keluar pi lepak kat taman. Tapi Bila kat kolej kita mula jumpa kawan kawan baru. Kita kenal macam macam orang dari setiap negari. Dari terengganu, melaka, kedah , kl dan sebagainya. Watu nie la kita kenal macam macam ragam manusia. Kalau salah pilih kawan waktu waktu macam nie. Memang habis. Study entah kemana nak enjoy je yang difikirkan. Memang nie banyak sangat berlaku. da xada da study malas malas. Semuanya kena focus. Semuanya nak cepat. Busy dia. Jangan cakap la. Test tiap tiap minggu. Kuiz lagi. Assigment lagi. X pernah settel semua tu. Sampai la final. Bila cuti sem la boleh rehaat sikit. Kalau x jangan harap la boleh duduk senang lenang. Nak bernafas pon kadang kadang macam xcukup oksigen. Hehe. (Macam hiperbola sangat pula ayat tu.)
Kawan baru waktu kolej nie susah nak cari yang betul betul jujur and ikhlas. Kadang kadang bila kita ikhlas kawan dengan dia. Dia pula ambil kesempatan. Ada pula tu depan baik belakang kemain kutuk. Susah kan bila kawan macam nie. Tapi waktu waktu macam nie kita belajar erti kehidupan. Belajar bersusah payah time jadi student. Jauh dari family jauh dari bestfriend dan sebagainya. Alhamdulila buat masa nie xada la pula kawan kawan yang macam tu . Aku bersyukur sangat. Tapi biasa la. Nama pon kawan kan. Xkan lari dari gaduh gaduh and terasa hati bagai. Kita lebih banyak spend time dengan kawan berbanding degan keluarga waktu study kat kolej. Jadi memang xheran la kan kalaw ada gaduh gaduh and terasa hati nie. Tapi xada la gaduh yang sampai tarik tarik rambut ,.maki maki or sebagainya tu. Uisssh teruk beno lee tu. Hehe. Bila terasa hati dengan kawan kawan kat sini rasa xbest pula. Yela family jauh. Siapa lagi kita nak harap kan. Kawan kawan je la yang jadi penghibur kala duka dan kucewa. Haha cewah. Da start la nie merapu aku. Hehe. Ok ok back to our topic. Kawan kawan baru nie kadang susah nak terima sikap kita. Biasa la. Kenal pon x sampai bertahun tahun kan macam kawan kawan kat sekolah kita dulu. Jadi suasah la dia nak faham perangai kita. Aku faham kalau kawan masih x faham kita. Sebab mcm aku cakap tadi. Kita pon kenal bukan da bertahun tahun pon. Baru setahun jagung je perkenalan tu. Tapi bila kawan kawan tu perli perli tu yang aku xberapa tahan. Biasa la kita pon ada hati juga kan. Kalau macam mana pon kita cuba bertahan and walau berapa banya kali pon kita cakap pada diri supaya jangan terasa tapi sikit sebanyak tetap kita akan terasa. Tapi jangan la pula jadi kan terasa hati tu sebagai dendam. xelok pula rasanya kalau macam tu.
Kawan baru dengan kawan lama xsama. Banya sangat perbezaan nya. Kalau lama nie dia da kenal kita luar dalam. Semua tentang kita dia tahu . Jadi dia da faham peragai kita nie macam mana. Kalau kawan baru pula mesti akan ada sikit perangai kita yang dia x berkenan. Biasa la tu. Jadi bila terasa hati pon dengan kawan. Nak bergaduh bagia pon rasa xsedap. Sebab nya. Diarang la roomate diarang la housemate diarang la classmate.Nak terus terang perasaan xpuas hati tu kita pula bukan jenis yang senang nak luah kan perasaan. Lagi suka pendam. Tu yang makin susah tu kan?
Bila ingat zaman sekolah makin rindu kat kawan kawan lama. Eza and ecah. Lama sangat x dengar cerita diarang. Busy sangat. Sampai xsempat nak whatapp diarang. Bukan nya lupa tapi tu la. Busy memangjang sampai x sempat nak tanya khabar. Ecah masuk degree mana pon aku xtahu. Ish. Teruk betul jadi kawan. Mungkin sebab aku nie xambil tahu pasal kawan kawan tu yang orang xberapa suka agaknya. :')
Sejujurnya. Aku rindukan kawan kawan aku. Lama sangat x spent time dengan diarang. Nanti cuti sem . Ecah pula x ada sebab dia da naik degree sekarang nie. Da tu bila lagi la agaknya boleh jumpa diarang. Eza mungkin la boleh sebab cuti sem sama. Jadi disebabkan rasa rindu sangat kat budak bedua tu. Aku pon tulis la entry nie. Sebab blog nie memang buat aku ingat kat diarang. Yela. Diarang yang susah payah Kan tolong buat kan blog nie untuk aku. Tu sebab bila rindu diarang. Terus ingat kat blog nie. And sebab rindu diarang juga la tajuk entry aku "Rindu kau kawan". Sebab entry nie memang untuk diarang pon. Haha. Sumpah weeeyh rindu gila. :'(
Nie gambar kat hutan banda denga ioi. Biasa la kita mana ada tempat lain kat kalau lepak memang nie je tempat kitarang. (Cuma ada gambar lama je.*sedih)
sebelum gerak pi jejalan. Selfie dulu. Haha.
Time nie ecah tengah dating. So sengaja selfie xajak.die. haha.padan muka. Bwek. *Jelir lidah. Hehe
Ok noe simptom2 orang xbetul da datang. Lebih baik akhiri entry nie secepat mungkin sebelum keluar lagi banyak ayat merapu. Hehe.
Rinduuuunya. *Lap air mata. Ada masa nanti harap la boleh jumpa. Insyallah. Bitaufiqwannajah dear friends. Final eza pon nak dekat da kan. Walaupon kau da jarang cerita masalh kau kat aku macam dua sem lepas. Tapi aku tetap tahu bila kau sedih bila kau happy bila kau sakit pastu xmakan ubat -.- . Harap kau sentiasa kuat kawan. Untuk ecah. Leklok kat tempat baru. kalau ada masa aku datang tempat kau study nanti. :') *Angan agan je la. Hahaha.
No comments:
Post a Comment